BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

http://jipipgkpm.blogspot.cpm

Selamat Datang Ke
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Perempuan Melayu
Jalan Maktab 75400
Melaka

Thursday, March 4, 2010

Pn Noryani Dalam Kenangan







Wednesday, February 24, 2010

Motivasi Diri : Sekadar Renungan

Motivasi Diri : Renungan Buat Semua

Motto JIP : Persahabatan Yang Erat Dan Saling Menyayangi

 
Posted by Picasa

FUNGSI JABATAN ILMU PENDIDIKAN

1. Hakiki

a. Menjalankan P-P secara bersemuka bagi program praperkhidmatan dan bagi kursus dalam perkhidmatan (KDP) sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah interaksi / kredit / semester.
b. Menjalankan P-P secara akses kendiri bagi program praperkhidmatan dan bagi kursus dalam perkhidmatan (KDP) sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah interaksi / kredit / semester.
c. Menjalankan sesi pengajaran mikro dan makro bagi setiap pelajar sesuai dengan bidang kursus yang dijalankan.
d. Menilai pencapaian P-P melalui kerja kursus, taksiran dan peperiksaan
e. Menilai keberkesanan penyampaian P-P dari aspek pencapaian kepuasan pelanggan untuk pelajar pra-perkhidmatan sekurang-kurangnya pada skor min 3.5
f. Membimbing dan menilai prestasi pelajar semasa praktikum

2. Program Kecemerlangan Profesional untuk Pensyarah

a. Mengadakan sesi perjumpaan profesional sekurang-kurangnya 2 kali pada setiap semester.
b. Mengadakan kursus / latihan dalaman yang berkaitan dengan
i. TMK dalam P-P Ilmu Pendidikan ii. Penyelidikan Tindakan dalam P-P Ilmu Pendidikan
c. Mengadakan lawatan penandaarasan (jika perlu) sama ada ke
i. Sekolah atau ii. Institut Pendidikan Guru atau iii. Institusi Pendidikan yang lain.

3. Program Kecemerlangan Profesional untuk Pelajar

Jika perlu mengadakan lawatan ke sekolah atau pertandingan ilmu dan kemahiran berkaitan dengan P-P atau mengadakan bengkel penyediaan Bahan Bantuan Mengajar atau aktiviti lain yang berkaitan.

4. Program Penyelidikan dan Pembangunan Kajian Tindakan.

Memupuk budaya mengkaji dan menyelidik dalam kalangan pensyarah dan pelajar khususnya dalam bidang pedagogi bagi tujuan penambahbaikan, menjadi sumber khidmat konsultansi dan rujukan pendidikan.

5. Pengurusan Berkualiti

a. Mengamalkan pengurusan P-P dan pengurusan jabatan secara bermuafakat dan professional mengikut standard kualiti yang ditetapkan oleh BPG serta arahan Pekeliling Ikhtisas, PKPA dan Arahan Perbendaharaan
b. Melaksanakan tugas berpandukan dokumen-dokumen yang ditetapkan dan yang bersesuaian.


Objektif Jabatan Ilmu Pendidikan


1. Pada akhir tahun 100% pelajar yang mengambil mata pelajaran Ilmu Pendidikan lulus dengan unjuran 70% mendapat pangkat cemerlang, 25% pangkat kepujian dan pangkat 5% lulus.